Hiển thị các bài đăng có nhãn hiburan. Hiển thị tất cả bài đăng
Hiển thị các bài đăng có nhãn hiburan. Hiển thị tất cả bài đăng

Thứ Ba, 24 tháng 9, 2013

Gambar Isteri Black Berpakaian Ketat Semasa Honeymoon Cetus Kontroversi!

Gambar Bulan Madu Black dan Cira Di Langkawi
Gambar Isteri Black Berpakaian Ketat  Semasa Honeymoon Cetus Kontroversi! - Gambar eksklusif bulan madu pasangan pengantin baru Black Hanifah dan Cira Khairi di Pulau langkawi, Kedah.
Sehubungan dengan itu, gambar isteri beliau menerima kutukan yang agak memualkan kerana cara isteri berpakaian sangat ketat sehinggakan tidak sedap dipandang orang ramai.
Black juga sempat berkongsi cerita bahawa mereka berpeluang berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Lagenda itu seperti Taman Burung Langkawi, kereta kabel di gunung Machinchang, Under Waterworld Langkawi dan banyak lagi.
Menerusi akaun Instagramnya, Black juga memaklumkan bahawa dia dan Cira telah mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Besar Langkawi sewaktu berada disana.
Gambar Bulan Madu Black dan Cira Di Langkawi

Gambar Bulan Madu Black dan Cira Di Langkawi

Gambar Bulan Madu Black dan Cira Di Langkawi

Gambar Bulan Madu Black dan Cira Di Langkawi

Like Fanpage MEreka- Black & Isteri

Gila Pailang Bahasa Isteri "MAT YO" Nih!

Gila Pailang Bahasa Isteri "MAT YO" Nih! - Isteri bekas penyerang pasukan bolasepak Kelantan yang kini di bermain di Johor, Norshahrul Idlan Talaha ataupun Mat Yo, Shahrul Aisya menggelar Presiden Bolasepak Kelantan ( KAFA ), Tan Sri Annuar Musa sebagai anjing.
Kecoh di blog dan facebook milik Shahrul Aisya memberi komen mengenai isu perpindahan pemain itu menyertai pasukan Johor Darul Takzim FC.

Apa punya manusia la, muka dah lawa tapi perangai kalah %$^%$%^. Nak komen pun agak-agak la. ni Anjing kau bagi, kalau gua panggil laki lu TAPIR pun lu tak suka kan? Lu jadi pelayan pesawat sudah la jangan sembang lebih. Anjing jiran gua yang gua bela pun marah orang panggil dia anjing, panggil jazman ok je dia duduk lepak bawah pokok.

baca article PERTAMA sebelum ini--> CLICK DISINI
baca article KEDUA sebelum ini---> CLICK DISINI

Thứ Hai, 23 tháng 9, 2013

Comel Emma Maembong Bersama Haiwan Kesayangannya

Comel Emma Maembong Bersama Haiwan Kesayangannya - berjenaka bersama emma maembong apabila bertudung litup bersama pulak dengan haiwan comel macam anak monyet.. tapi admin tak tahu la itu haiwan apa? hehhe jom tngok gambar comel beliau yang baru di uploadnya di instagramnya!

Emma Maembong Sangat Comel Bertudung bersama monyetnya

Emma Maembong Sangat Comel Bertudung bersama monyetnya

Emma Maembong Sangat Comel Bertudung bersama monyetnya

Chủ Nhật, 22 tháng 9, 2013

[Hilangkan Stress!] - Gambar Rita Rudaini Bercuti Di Pulau Sipadan


[Hilangkan Stress!] - Gambar Rita Rudaini Bercuti Di Pulau Sipadan - Gambar sekitar aktiviti rita sepanjang di Pulau Sipadan Tawau Sabah bersama-sama anak-anaknya bersnorkeling, skuba dan macam-macam lagi.
jom lihat gambar dibawah best jugak pulau disana.. 

Che Ta Bidas Isu Coli Merah Yang Dikatakan Miliknya Tersebar Di Facebook

Che Ta Bidas Isu Coli Merah Yang Dikatakan Miliknya Tersebar Di Facebook  - SELEPAS kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.
Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.
Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya baru-baru ini.
Kosmo!: Adakah Che Ta tahu tentang isu baju dalam berwarna merah yang kononnya milik Che Ta dijual di internet?
CHE TA: Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.
Apakah reaksi Che Ta apabila mendapat tahu ada orang menggunakan nama Che Ta untuk menjual baju dalam tersebut?
Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.
Che Ta malu atau tidak dengan isu ini?
Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.
ROZITA tidak melatah dengan isu terbaharunya itu.


Adakah kejadian seperti ini pernah berlaku?
Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya guna korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya, jika ada lagi yang ingin lariskan produk dengan memetik nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini.
Bagaimanakah reaksi peminat Che Ta pula?
Peminat sekarang semuanya bijak, mereka mampu bezakan mana cerita benar atau tidak. Saya tidaklah terjejas sangat, begitu juga dengan peminat. Mereka faham, bermacam perkara yang orang tidak bertanggungjawab boleh lakukan untuk menjatuhkan seseorang, tidak kiralah artis atau orang biasa. Selagi saya mampu tersenyum, ketawa dan bekerja seperti biasa, perkara seperti ini bukan masalah besar.
Nampaknya nama Che Ta cukup popular sehingga ramai yang mempergunakan nama Che Ta untuk lariskan produk. Tidak terfikir untuk hasilkan produksi sendiri?
Bagus juga idea itu, selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.
Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan yang dijangka bakal berlangsung pada Disember depan?
Sekarang saya perlahankan kerjaya lakonan untuk memberi fokus kepada kedua-dua anak saya yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Saya hanya memberi fokus kepada program Ratu Rania dan juga Primadona. Saya belum buat sebarang persiapan perkahwinan, mungkin bulan Oktober barulah akan mula merancang dan mempersiapkan apa yang patut.