![]() SUSPEK yang ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Farlim, Ayer Itam semalam. |
Simpan Dadah Dalam Peti Ais - GEORGE TOWN - Polis membongkar operasi makmal dadah yang berselindung di sebalik perniagaan melebur emas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Farlim, Ayer Itam di sini semalam.
Dalam serbuan pukul 2 pagi dan berakhir lewat petang itu, polis turut menahan tiga lelaki dipercayai suspek utama kegiatan itu.
Difahamkan polis terpaksa memecah pintu jeriji premis berkenaan dan pemeriksaan di dalam premis itu menemui 12 butir peluru dan pelbagai bahan kimia serta peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.
Keadaan bertukar kecoh seketika apabila salah seorang suspek cuba membunuh diri dengan meminum cecair kimia yang disimpan di tempat kejadian.
Bagaimanapun, lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét